fbpx

Bapa buat laporan anak hilang rupa-rupanya diculik, bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes culik dan bunuh kenalan sebelum meninggalkan mayat mangsa di dalam sebuah kereta berhampiran stesen minyak di Batu 14, Puchong, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung kehilangan anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu, Isnin lalu.

“Pengadu memaklumkan mangsa disyaki dilarikan sekumpulan lelaki yang dikenali dari kawasan perumahan Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Cheras, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran laporan tersebut, Allaudeen memaklumkan pihaknya berjaya menjumpai mangsa berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14, Puchong, semalam.

“Bagaimanapun mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan kecederaan, sekitar pukul 12.55 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9) IPD Cheras membuat tangkapan ke atas empat suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 27 hingga 35 tahun.

“Kesemua suspek yang ditahan memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah,” ujarnya.

Menurut beliau, kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga Ahad dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Kes kematian suspek disiasat IPD Subang Jaya di bawah Seksyen 302 kanun yang sama atas kesalahan membunuh.

“Usaha lanjut sedang diteruskan untuk mengesan dua suspek yang masih bebas,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI