fbpx

[VIDEO] Pemandu treler parah terjunam jambatan SKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pemandu treler berjaya keluar daripada kepala treler tersebut.

KLANG – Seorang pemandu treler parah selepas jentera berat dipandunya itu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 4.5 meter (m) di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini.

Mangsa seorang lelaki berusia 50an itu turut memerah kudratnya keluar daripada bahagian pemandu treler tersebut sebelum kejadian disedari peronda lebuh raya yang segera menghubungi pihak bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.41 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati treler itu terbabas dalam perjalanan ke Pulau Indah di SKVE.

“Treler yang membawa muatan minyak masak itu kemudiannya terjunam pada ketinggian 4.5m di bawah lebuh raya tersebut.

“Mangsa yang cedera parah kemudiannya keluar sendiri dari bahagian pemandu treler tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan keadaan treler dan kontena dibawa terpisah antara satu sama lain dengan orang awam menanyakan keadaan mangsa di bawah gaung tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI