fbpx

‘Tiada guna ada 999 kerusi Parlimen jika gadai negara demi kuasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (kiri) dan Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Tuntutan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan adalah demi masa depan negara.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kempen dengan tanda pagar #DakwaZahid yang digerakkan parti itu bukan dibuat bagi menarik sokongan, sebaliknya hanya menuntut penjelasan daripada pihak Peguam Negara.

“Ini bukan soal sokong Muda. Ini soal masa depan negara kita. Kamu boleh panggil kami ‘budak-budak’.

“Tetapi yang paling kurang anda boleh lakukan adalah ‘to grow a backbone’ dan menuntut akauntibiliti. Ada 999 kerusi parlimen pun apa guna kalau masa depan negara digadaikan demi kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan (DNAA) atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan.

Sehubungan itu, Muda mengumumkan kempen #DakwaZahid susulan keputusan tersebut yang disertakan dengan tiga tuntutan antaranya penjelasan Peguam Negara di Parlimen mengenai pemberhentian prosiding kes Presiden UMNO itu.

Dalan pada itu, parti itu juga menuntut tindakan segera memisahkan kuasa eksekutif Peguam Negara dan pendakwa raya termasuk segera mendakwa semula Ahmad Zahid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI