fbpx

SPRM siasat bukti baharu babitkan Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki menghadiri Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ke-2 Tahun 2023 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan penyiasatnya bagi menyiasat bukti baharu membabitkan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau juga tidak pasti sejauh mana perkembangan siasatan berkenaan.

“Saya tidak pasti mengenai perkara itu (siasatan lanjut), saya serahkan kepada pasukan penyiasat,” katanya katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya yang menyifatkan keputusan terhadap Ahmad Zahid sesuatu yang ‘memalukan’, Azam berkata, beliau tidak mahu memberi komen lanjut mengenai perkara itu.

“Apa yang dicakap di mahkamah dan diserahkan oleh pendakwaan, itulah keputusannya,” katanya.

Latheefa sebelum ini menyatakan, keputusan diumumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kesemua 47 pertuduhan membabitkan Ahmad Zahid adalah sesuatu yang memalukan.

Malah, beliau turut mempersoalkan rasional tindakan itu dibuat memandangkan mahkamah pada 24 Januari tahun lalu sudah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI