fbpx

Skuad B-23 ‘berpeluh’ sebelum atasi Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG B-23 negara, Aliff Izwan (no.9) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan untuk bantu Malaysia atasi Bangladesh 2-0. - FAM

KUALA LUMPUR – Masih banyak kerja yang perlu dilakukan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara apabila sekadar raih kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh pada aksi pertama Kumpulan H kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium Chonburi, sebentar tadi.

Aspek penyudah tentunya menjadi elemen terpenting yang perlu dibaiki oleh pengendali negara, E. Elavarasa apabila anak buahnya mempersiakan banyak peluang terbaik sepanjang 90 minit permainan.

Terdahulu, seperti dijangka Malaysia berjaya memulakan permainan dengan agak baik tetapi aspek penyudah tumpul jelas menghadirkan kelegaan buat Bangladesh.

Segalanya seakan tidak berpihak kepada skuad negara sepanjang 45 minit pertama apabila dua gol babitkan Alif Akmalrizal dibatalkan kerana didakwa mengasari penjaga gol lawan, Mehdi Hasab Srabon serta dikesan offside.

Bangladesh tampil dengan perubahan di babak kedua apabila dilihat lebih tenang manakala Malaysia terus dipalit masalah sama apabila gagal menyudahkan deretan peluang terbaik.

Bagaimanapun, tempoh 10 minit terakhir jelas jadi detik pemisah buat kedua-dua pasukan apabila minit ke-81, Malaysia akhirnya membuka jaringan menerusi rembatan padu kaki kiri Aliff Izwan dari luar kotak penalti.

Sejurus aksi memasuki masa tambahan, Fergus Tierney segera mematikan sisa perjuangan Bangladesh apabila meledak gol kedua skuad negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI