fbpx

Shah Firdaus, Sivasangari pembawa Jalur Gemilang di Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS (dua dari kiri) dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang bersama Sivasangari pada Sukan Asia Hangzhou hujung bulan ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada temasya Sukan Asia Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Oktober ini.

Ia merupakan satu penghormatan buat Shah Firdaus, 27, dalam misinya menebus kekecewaannya untuk memperbaiki pingat gangsa sewaktu edisi Jakarta-Palembang, Indonesia pada 2018.

Bagi Shah Firdaus, ia adalah detik istimewa dalam kariernya memandangkan dia sebelum ini pernah diberikan tanggungjawab membawa obor pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Ini sememangnya meningkatkan motivasi saya untuk meraih kejayaan di Sukan Asia nanti. Saya harap dapat memberikan sesuatu dan menjadi inspirasi kepada atlet-atlet lain,” katanya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut mengumumkan bintang skuasy negara, S. Sivasangari sebagai pembawa Jalur Gemilang bersama Shah Firdaus.

Beliau mengumumkan perkara itu pada majlis penyerahan watikah pemilihan kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou di AC Hotel by Marriot Kuala Lumpur hari ini.

Bagi Sivasangari, ia merupakan pembakar semangat buat dirinya untuk menuai pingat emas buat negara, sekali gus mengubati kekecewaannya meraih perak dalam acara perseorangan wanita di Jakarta-Palembang lima tahun lalu.

“Saya berterima kasih kepada MOM kerana melantik saya sebagai salah seorang pembawa Jalur Gemilang. Ia menginspirasikan saya untuk memberikan yang terbaik sebagai salah seorang prospek pemenang pingat emas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI