fbpx

Raja Permaisuri Agong ‘sporting’ menari Sumazau bersama masyarakat Ranau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @syukrisaridih di TikTok.

PETALING JAYA – Masyarakat di daerah Ranau diberikan kejutan apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah secara bersahaja mempersembahkan tarian Sumazau di Kundasang, Sabah, malam tadi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syukrisaridih di TikTok, Raja Permaisuri Agong kelihatan ‘sporting’ menari sambil beramah mesra bersama masyarakat yang ingin bersalam dan mengambil gambar.

“Memang ‘sporting’ dan sempoi bah Raja Permaisuri Agong kita. Terbaik,” tulis @syukrisaridih.

Rata-rata pengguna juga meninggalkan komen dengan menyifatkan Raja Permaisuri Agong begitu mesra rakyat sehingga membuatkan ramai yang sayang kepadanya.

“Ya Allah langsung tiada nampak penat dia sepanjang perjalanan kembara ini. Senyum sahaja melayani rakyat jelata. Ini Permaisuri terpaling ‘sporting’,” komen Pocoyo.

“Akhirnya Raja Permaisuri Agong dapat merasai keunikan pelbagai kaum di seluruh Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak. Keceriaan jelas terpancar dari senyum dan ketawa,” komen Bullaso pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 1.4 juta tontonan, 144,200 tanda suka dan 9,432 perkongsian.

Persembahan tarian itu kemudian turut disertai anakanda Seri Paduka iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Majlis Santapan Malam Bersama Rakyat di Pentas Budaya, Kundasang malam tadi merupakan salah satu destinasi dalam program Kembara Kenali Borneo.

Hari kelima Kembara Kenali Borneo hari ini dijadual meneruskan perjalanan dari daerah Ranau menuju ke Kota Kinabalu.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, kini berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI