PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial kontroversi, Abang Tesla akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya sejak bernikah pada 18 Ogos lalu.
Di dalam satu hantaran di akaun Instagramnya, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry memuat naik gambar bersama kedua-dua isterinya sebelum berangkat menunaikan umrah dan melancong ke Turki.
Sebelum ini, Abang Tesla tidak pernah menunjukkan muka isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, walaupun sudah menjadi sepasang suami isteri.
Rentetan itu pelbagai reaksi pengguna media sosial khususnya wanita yang meninggalkan komen selepas melihat muka isteri kedua Abang Tesla buat pertama kali.
“Muka isteri pertama cantik sangat memang sama muka dengan Abang Tesla nampak berseri-seri sangat. Mungkin jodoh mereka memang kuat apa jadi pun InsyaAllah mungkin tak akan goyah,” komen Sheylaa.
“Kenapa rasa muka isteri pertama dia dari pertama kali tengok berseri-seri sangat muka. Sempga dapat umrah yang mabrur buat ketiga-tiganya,” komen Shafamalek.
“Kedua wanita ini baik hati dan budi pekerti sebab itu Allah izinkan. Janganlah kecam, dia juga manusia. Isteri dia izin dan redha, doalan semoga tujuan perkahwinan kita semua dirahmati Allah,” komen Afnan pula.
Abang Tesla menikahi isteri keduanya selepas beberapa bulan berkenalan menerusi platform media sosial.
Dia turut memaklumkan usai menikah dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.
Terdahulu video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan nama Abang Tesla telah mencetuskan sensasi apabila lelaki tersebut mempamerkan aksinya bersama isteri pertama, Nurmajdina Jamari ketika solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami.
Lelaki yang merupakan usahawan muda itu telah melangsungkan perkahwinan dengan Nurmajdina sejak lima tahun lalu. – KOSMO! ONLINE