fbpx

Pemandu lori nahas 6 sekeluarga bebas dadah, tiada saman tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zamry menunjukkan rakaman kamera papan pemuka daripada seorang saksi mengenai kejadian yang meragut enam sekeluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat - Kuantan

SEGAMAT – Ujian saringan air kencing ke atas pemandu lori pasir yang terlibat dalam nahas mengorbankan enam sekeluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan di sini, Jumaat lalu negatif pengaruh dadah dan alkohol.

Menurut Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, pihak polis masih menunggu laporan penuh patologi berhubung sampel darah lelaki berusia 30an terbabit.

“Siasatan turut mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai saman trafik tertunggak. Semakan ke atas kenderaan yang dipandu ketika kejadian juga mendapati tiada saman kesalahan jalan raya.

“Namun siasatan lanjut sedang dijalankan dan dijangka siap dalam masa terdekat,” katanya ketika di temui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat hari ini.

Tambahnya, seorang pemilik video kamera papan pemuka yang berada di lokasi kemalangan telah tampil bagi membantu siasatan.

“Polis amat mengalu-alukan saksi di lokasi kejadian untuk tampil memberi keterangan kerana jika ramai saksi tampil beri keterangan akan menguatkan kertas siasatan.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat di talian 07-9325811 atau balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI