fbpx

Pelajar tingkatan 1 tunjuk bakat kaligrafi salin al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar tersebut, Lamya, menunjukkan buku tahriri hasil seni kaligrafinya yang begitu cantik dan kemas.

PETALING JAYA – Seorang pelajar Tingkatan Satu mencuri perhatian pengguna media sosial apabila menunjukkan bakatnya menulis buku tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat al-Quran dengan begitu cantik dan kemas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor, menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, nama pelajar tersebut adalah Lamya Amina.

Difahamkan, Lamya mewarisi bakat ayahnya dikenali sebagai Abd. Rahman Hamzah yang juga pensyarah sebuah universiti awam yang mahir dalam bidang kaligrafi Islam.

Turut dimuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan karya seni Lamya yang hampir sama dengan al-Quran bercetak.

Sehingga kini hantaran itu mendapat lebih 1,100 tanda suka dan 371 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang kagum dengan bakat pelajar perempuan itu dalam kaligrafi dan tulisan khat walaupun bidang tersebut semakin ditelenggam dalam arus teknologi moden.

“Masya-Allah. Tahniah adik. Kemas dan cantik. Hargailah bakat anugerah Allah. Semoga anda terus cemerlang,” komen Rosita.

“Tahniah Lamya.. ibu dan ayahnya pun cantik tulisan. Mewarisi bakat menulis khat ibu ayahnya. Syabas,” komen Siti Rohani.

“Masha-Allah, memang berbakat anak ini menulis dengan kemas dan cantik sekali. Bakat yang Allah kurniakan padanya. Bertuah sungguh ibu ayahnya,” komen Zaleha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI