fbpx

Pasangan pelancong Britain dikesan makan percuma di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong lelaki dan perempuan itu sedang menikmati makanan sebelum keluar tanpa membuat pembayaran di Pulau Crete, baru-baru ini. - Annie Bananie/Facebook

ATHENS, Greece – Sepasang pelancong dari Britain dikesan menjamu selera di beberapa buah restoran di Greece tanpa membuat sebarang bayaran dengan pemilik-pemilik premis memberi amaran kepada pengusaha lain, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pasangan yang tidak dikenali itu menuju ke Pulau Crete dan makan di tiga buah restoran secara percuma.

Seorang kakitangan dari sebuah restoran memberi amaran kepada orang lain supaya mengawasi pasangan itu yang telah menjamu selera dengan makanan mewah dan meninggalkan premis sebelum membayar.

“Kami adalah restoran ketiga setakat ini di mana mereka telah mencuba taktik itu,” kata seorang pekerja sebuah restoran.

“Sangat memalukan. Bagaimana seseorang boleh melakukan perkara sedemikian kepada orang yang lain di sekitar kawasan itu? Orang seperti itu yang memberi nama buruk kepada orang Inggeris,” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI