fbpx

Muhyiddin nafi keluarkan fatwa haram undi calon PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ucapannya dalam sebuah ceramah di Pulai pada 2 September lalu dipetik di luar konteks.

Tambah beliau, ucapannya telah dimanipulasi kononnya beliau telah mengeluarkan fatwa haram memberi undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Pulai.

“Ucapan saya panjang. Saya menyentuh pelbagai isu yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini terutama sekali bebanan kos sara hidup yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan PH.

“Kerana itu saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pulai supaya jangan memberi undi kepada calon PH, Suhaizan Kayat,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), beliau tidak pernah mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon PH.

“Saya hanya secara berkias menyebut “saya bagi hukum haram” dengan tiada niat mengatakan ia adalah fatwa hukum syarak.

“Saya tahu apa yang saya sebut itu bukanlah fatwa hukum syarak, saya selepas itu menyebut ada esok ini yang mencabar saya ini ikut fatwa mana.

“Sebagai seorang yang faham tentang hukum-hakam agama, saya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama,” katanya.

Tambahnya, ada banyak badan tertentu seperti Majlis Fatwa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan para ulama dan ilmuwan yang pakar dalam bidang berkaitan.

“Saya percaya hadirin yang mengikuti keseluruhan ucapan saya semasa ceramah tersebut faham maksud saya.

“Berdasarkan respon hadirin pada malam itu, saya yakin mereka tidak mengambil kenyataan saya secara serius sebagai suatu fatwa agama.

“Saya percaya ucapan saya telah diambil secara di luar konteks dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI