fbpx

Mohammad dilantik Panglima Angkatan Tentera baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera di Wisma Pertahanan, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-22 berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelantikan itu dibuat atas komitmen dan kecemerlangan Mohammad sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohammad. Pelantikan anak kelahiran Machang, Kelantan ini adalah atas kecemerlangan beliau sepanjang 36 tahun berkhidmat untuk negara.

“Selain itu, saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Affendi Buang atas jasa bakti dan pengorbanan kerana 43 tahun adalah satu tempoh yang luar biasa.

“Justeru, rakyat mengharapkan sebuah angkatan bersenjata yang utuh bagi menghadapi segala ancaman.

“Walaupun berlaku perubahan pucuk pimpinan, saya harap semangat kesetiaan dan profesionalisme akan terus terpahat dalam warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas PAT di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan tampuk pemerintahan Affendi yang telah menabur bakti selama empat dekad dalam ATM.

Mohammad, 59, menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains di Kelantan sebelum melanjutkan pengajian ke Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja pada tahun 1980.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari University of North Carolina, Amerika Syarikat itu ditauliahkan sebagai pegawai muda Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1 Julai 1987 dan berkhidmat selama 36 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah pegawai memerintah Batalion ke-23 RAMD (23 RAMD), Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Briged), Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Panglima Latihan Tentera Darat, dan Panglima Medan Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI