fbpx

Kemalangan punca kebakaran dua kereta di Lebuh Raya MEX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua buah kereta musnah 100 peratus akibat kebakaran yang berlaku. -Foto BOMBA

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua buah kereta dilaporkan musnah dalam kebakaran di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), di sini, dipercayai berpunca daripada kemalangan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan (PBK) II Mohd Faizul Hizam Deraman, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 pada pukul 7.10 pagi tadi.

Keluaran pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dan bantuan dari BBP Sri Petaling dengan kekuatan anggota seramai 14 pegawai bomba lain-lain pangkat.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan dua buah kenderaan yang berpunca dari kemalangan.

“Kenderaan yang terlibat kereta Nissan X-Trail dan Perodua Myvi telah musnah terbakar 100 peratus,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi pemadaman menggunakan teknik (attacking) Dua aliran salur bantu mula jentera.

‘Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Operasi seterusnya diserahkan kepada pihak penyelenggara lebuh raya untuk tindakan selanjutnya,”katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI