fbpx

Imigresen nafi keluar kelulusan khas program RTK 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin

PUTRAJAYA- Bermula 1 Januari lalu, mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak lagi dibenarkan memohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

Oleh itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh menafikan pihaknya mengeluarkan kelulusan khas bagi pemohon program berkenaan selepas 31 Disember 2022 seperti didakwa dalam rakaman suara yang tular dalam aplikasi WhatsApp.

“Rakaman suara yang tular ini mendakwa terdapat kelulusan khas akan diberikan hanya kepada 5,000 pemohon yang masuk ke negara ini pada 2023.

“Jabatan sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan memohon supaya orang ramai tidak terperdaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

JIM menegaskan, pihaknya tidak akan melaksanakan kelulusan khas tersebut kerana melanggar dasar yang ditetapkan kerajaan semasa pelancaran Program RTK 2.0, 27 Januari lalu.

Jelasnya, dasar tersebut menjelaskan hanya warga asing yang menjadi PATI di negara ini sehingga 31 Disember 2022 layak dan akan dipertimbangkan kelulusan RTK 2.0.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat. Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM bagi mendapatkan maklumat tepat serta terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI