fbpx

Isteri Opick dedah dihalau dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERBEZA keterangan. Isteri Opick buat pendedahan kononnya dihalau keluar dari rumah kelaminnya yang didiami bersama Opick.

Isteri penyanyi dan pendakwah Opick, Bebi Selvina mendedahkan dia dihalau oleh seseorang dari rumah milik suaminya sendiri.

Tidak menyebut nama individu terlibat, Bebi bagaimanapun berasa lega kerana tidak perlu lagi melayan ‘drama-drama’ dalam rumah yang didiami bersama penyanyi lagu Rapuh itu.

“Syukur tiada lagi manusia yang menunjukkan ‘muka’ dan usir aku dengan drama-drama nangis,” ujarnya.

Tidak hanya itu, Bebi mendakwa individu tersebut mengeluarkan barang-barang secara paksa malah menghancurkan alat solek berjenama miliknya.

“Pakaian saya dibuang dari almari, alat solek yang mahal telah dihancurkan. Tanpa rasa malu dan salah, tanpa minta maaf,” ujarnya.

Bebi sendiri bingung dengan situasi terbabit dan tertanya-tanya apa kesilapan yang dilakukannya sehingga dilayan sedemikian rupa di rumah sendiri.

“Saya menangis sedih dan sepi. Tidak henti bertanya apa yang salah,” soalnya.

Terdahulu, Bebi mengakui keluar dari rumah berkenaan kerana masalah rumah tangga dan turut membawa dua anak mereka Hasan dan Husen.

Namun, Opick memberitahu media Indonesia bahawa isterinya pulang ke kampung untuk melawat ibunya yang sedang sakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI