fbpx

Isteri ditikam ketika pertahankan suami di pusat karaoke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watcharee (kiri) dirawat di sebuah hospital selepas ditikam ketika mempertahaankan suaminya di Nong Harn baru-baru ini. - Facebook

BANGKOK – Seorang isteri yang cemburu cuba mengheret suaminya keluar dari sebuah karaoke di Chiang Mai, Thailand sebelum dia ditikam dari belakang oleh lelaki lain ketika pergaduhan itu tercetus, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suami mangsa, Jakkrit, 30, memberitahu Channel 7 bahawa kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.40 pagi (waktu tempatan) di hadapan sebuah bar karaoke di daerah Nong Harn.

Tambah Jakkrit, dia sedang minum bersama rakan-rakan dan beberapa gadis, manakala isterinya, Watcharee, yang mengetahui tentang parti tersebut segera mengikutnya ke premis berkenaan. Mangsa kemudian bergaduh dengan pemilik bar wanita sejurus dia tiba.

Jakkrit turut mendedahkan bahawa seseorang yang tidak dikenali dan sedang minum bersama rakan-rakannya kemudian menghampiri lokasi pertengkaran itu serta menggesa agar pertengkaran dihentikan.

Jakkrit berasa marah kerana campur tangan lelaki tersebut dan menyuruhnya berundur, namun dia sebaliknya mengeluarkan sebilah pisau serta cuba menikam mereka.

Isterinya kemudian melangkah ke hadapan untuk mempertahankan Jakkrit dan akibatnya, mangsa ditikam di belakang badannya.

Penyerang dan rakan-rakannya melarikan diri dari tempat kejadian manakala mangsa dibawa ke hospital.

Dia kini berada dalam keadaan stabil dan mendedahkan sudah membuat laporan polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI