fbpx

Cari wanita taat, Sule nak nikah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULE

PELAWAK terkenal Indonesia, Sule Sutisna mengaku kini sedang mengenali hati budi seorang wanita.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya menawan hatinya kerana enggan berasa malu jika hubungan tidak berakhir dengan baik.

“Ya sedang kenal seorang wanita, kita cuba saja dahulu tapi tidak mahu dihebohkan takut tak jadi, nanti malu.

“Kalau sudah mahu nikah baru saya akan beritahu, tapi bukan sekarang,” ujarnya.

Tambah Sule, dia memberi laluan kepada anaknya, Rizky Febian untuk bernikah terlebih dahulu.

Berkongsi soal kriteria calon isteri, Sule berkata, dia mencari seorang wanita yang taat kepada perintah suami.

Sule berkata, statusnya sebagai duda membuat dirinya tidak menuntut banyak hal terhadap calon isterinya.

“Saya ni duda jadi yang penting wanita itu sayang anak-anak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI