fbpx

Anwar tiada kaitan dengan keputusan Ahmad Zahid – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution berucap pada Ceramah Kelompok PH di Taman Anggerik, Kempas, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada kaitan dengan keputusan mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) ke atas terhadap 47 pertuduhan yang dihadapinya.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail, pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Anwar tidak sama seperti zaman negara ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, keputusan mahkamah itu di luar bidang kuasa Perdana Menteri dan tertakluk sepenuhnya di bawah keputusan peguam negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Yang mendakwa Ahmad Zahid adalah Tommy Thomas pada 2018 dan yang menarik balik kes itu Tan Sri Idrus, jadi kenapa Anwar yang salah?

“Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan, peguamnya ketika itu adalah Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, dia juga peguam Ahmad Zahid. Kenapa bila Muhyiddin bebas, katanya Muhyiddin tak bersalah, tapi bila Ahmad Zahid bebas, kali ini Anwar yang salah.

“Malangnya orang bernama Anwar Ibrahim, apa sahaja salah Anwar seolah kerja dia minta Peguam Negara tarik balik kes itu. Itu dahulu zaman Tun Mahathir, dialah polis, pendakwa dan Hakim,” katanya selepas berkempen di Taman Anggerik, Kempas, di sini.

Beliau berkata, hanya Peguam Negara yang mempunyai kuasa untuk memulakan, meneruskan atau menghentikan pendakwaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI