fbpx

Aksi sukar menanti Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Harimau Malaya bersedia berlepas ke Chengdu, China menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Syria di Stadium East-Town, Chengdu hari ini.

SKUAD Harimau Malaya menjangkakan perlawanan yang sukar dan agresif menjelang aksi persahabatan antarabangsa bertemu pasukan ranking ke-94 dunia, Syria di Stadium East-Town, Chengdu hari ini.

Tonggak tengah pasukan kebangsaan, Brendan Gan mengakui rakan-rakan sepasukan perlu waspada dengan corak permainan fizikal yang bakal digunakan negara Asia Barat itu dalam usaha meraih keputusan positif.

Kata Brendan, pengalaman bermain menentang Syria sememangnya penting buat pasukan sebelum mengharungi kejohanan-kejohanan lebih penting seperti kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2023 nanti.

“Sudah pasti saya jangkakan perlawanan yang sukar kerana Syria adalah pasukan yang hebat dan memiliki reputasi tersendiri.

“Apa sahaja keputusan kita pasti buat yang terbaik tetapi aksi ini bukan sahaja untuk menguji individu, sebaliknya melihat kekuatan serta kelemahan pasukan ketika ini.

“Yang pasti, kita perlukan pengalaman menentang negara seperti ini untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia dan juga persiapan ke Piala Asia,” kata pemain kelab Selangor FC itu.

Mengulas lanjut, Brendan mengakui mahu membantu pasukan andai diberi peluang diturunkan nanti terutama dalam memastikan rekod tanpa kekalahan pada aksi antarabangsa tahun ini dapat dikekalkan.

“Saya tidak kisah siapa yang diturunkan atau siapa menjaringkan gol asalkan kami mendapat keputusan positif. Bola sepak adalah perlawanan berpasukan dan kami perlu membantu antara satu sama lain,” katanya.

Sebagai rekod, skuad negara mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam aksi antarabangsa di laman sendiri tahun ini dengan menewaskan Turkmenistan, Hong Kong, Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.

Selepas aksi dengan Syria, skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi satu lagi aksi sukar bertemu pasukan tuan rumah, China yang menghuni kedudukan 80 dunia itu.

Kali terakhir pasukan kebangsaan bertemu Syria adalah pada aksi persahabatan tahun 2017 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 1-2.

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi satu lagi aksi sukar bertemu pasukan tuan rumah, China yang berada di kedudukan ke-80 di venue yang sama Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI