fbpx

Agong rasmi Kompleks Mahkamah Syariah Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah hari ini.-FOTO Ihsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 4.45 petang disambut oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd. Naim Mokhtar.

Dalam titah baginda, Al-Sultan Abdullah berharap dengan terbinanya kompleks tersebut mampu meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan Mahkamah Syariah di negeri itu.

“Hari ini kita dapat melihat lagi satu lagi mercu tanda iaitu sebuah Kompleks Mahkamah Kehakiman, fokus utama syariah di Sabah.

“Hal ini secara tidak langsung telah membuktikan satu manifestasi kewujudan pentadbiran Syariah Islam yang telah pun bertapak di negeri Sabah.

“Dengan terbinanya satu mercu tanda harus kita banggakan ini, beta berharap hakim-hakim yang telah diamanahkan untuk melunaskan segala tanggungjawab mengurus segala masalah umat Islam di negeri ini dapat diselesaikan seadilnya,” titah baginda.

Terdahulu, pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah adalah bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Pembinaan kompleks di tapak berkeluasan 2.023 hektar itu bermula pada 9 November 2017 dengan kos berjumlah RM58.129 juta secara kaedah pelaksanaan konvensional dalaman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI