fbpx

Anju, bekas tunang kembali berbaik, netizen pesan hati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA ANJOULIE atau Anju dilihat kembali mesra dengan bekas tunangnya. Khaizrul Elzey.

PETALING JAYA – Selepas melalui fasa penuh drama sekitar awal tahun, selebriti sensasi Zarina Anjoulie atau Anju mencuri perhatian ramai apabila dilihat sudah kembali berbaik dengan bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey.

Seperti tidak serik-serik, menerusi video dan foto yang dikongsi dalam Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat keluar makan bersama di sebuah restoran sambil turut ditemani anak lelakinya, Martin Ezra Mikael.

“Biarkan drama ini bermula, rindu sangat kepada papa,” kata pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu ringkas dalam ruangan kapsyen.

Menjengah dalam ruangan komen, kebanyakan netizen memberi pelbagai respons, termasuk meminta kedua-duanya segera menghalalkan hubungan tersebut bagi mengelak sebarang masalah kelak.

“Kahwinlah cepat-cepat Anju, jangan bercinta tetapi halalkan status supaya tiada lagi isu selepas ini.

“Hati-hati ya Anju, jangan pisang berbuah dua kali.

“Ini drama telenovela ke? Semoga dipermudahkan dan dapat kebahagian dunia dan akhirat,” komen netizen

Selain kepada Anju, ingatan juga dititipkan buat Khazrul agar berhato-hati apabila kembali semula berwanita yang pernah diburuk-burukkan satu ketika dahulu.

“Datuk, ketahuilah setelah kau bermaki-makian perempuan itu tetapi dia tetap menerima kau dalam hidup dia, pasti dia bukan perempuan yg sama lagi. Itu bukan Anju yang Datuk kenal dah. Itu Anju yg penuh strategi sebelum sampan tenggelam lagi,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, pada 26 Januari lalu, Zarina mendedahkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh penyatuan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin perkahwinan.

Namun, kurang dua minggu, Khazrul mengesahkan ikatan pertunangan antara mereka terlerai sekitar awal Februari lalu manakala Anju pula dilihat sudah memadam semua foto mereka bersama dalam Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI