fbpx

Video tular pendatang China mohon kerakyatan daripada DAP isu 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan video yang tular di media sosial ketika ini mengenai dakwaan pendatang China yang mahu memohon kerakyatan daripada DAP merupakan video yang dibuat pada 2018.

JPN berkata, video yang diulang siar itu merupakan video sekitar tahun 2018 dan pihaknya juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara berkenaan.

“Urus tadbir pengurusan kewarganegaraan di negara ini yang dilaksanakan JPN adalah berlunaskan Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

“Orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI