fbpx

[VIDEO] Tukar plastik sebab kampit pecah, beras berhabuk – Beras Jasmine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di media sosial yang tular sejak beberapa hari ini.

PETALING JAYA – Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) menafikan dakwaan bungkusan beras yang dibuka dalam penularan video di media sosial baru-baru ini, merupakan beras tempatan.

Menerusi kenyataan hari ini, JFC berkata, sebaliknya ia adalah beras putih import (BPI).

Ujarnya, pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasar raya.

“Proses ini dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan kami.

“JFC mengamalkan polisi gantian semula kepada pemborong bagi beras-beras yang tidak menepati kualiti dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kekeliruan.

Jelasnya, pihak JFC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang cuba memburukkan nama baik syarikat.

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok yang dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, Kedah pada 2 September lalu.

Sehubungan itu, ramai yang menggesa pihak berwajib menyiasat dengan segera supaya isu penukaran beras tidak berlaku. – KOSMO! ONLINE

@haiza_akif Ok gaisss.. blh dah tanam padi kt tepi umah..#berasnaik #barangnaikharga #berasimport #projektukarkampitberas #rakyatmarhaen #rakyatsusah #rakyatsusahpemimpinmewah ♬ Ayo Kerjo – Laoneis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI