fbpx

Ubah sikap elak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MALAYSIA baru saja menyambut hari kemerdekaan ke-66 dan kita sewajarnya bersyukur lantaran negara ini sifar malapetaka bencana alam serius.

Bila kali terakhir anda dikejutkan di tengah malam atau dini hari dan mendengar jeritan, gempa bumi, Lari!

Atau anda melihat penduduk kampung berlari panik sambil menjerit: “Selamatkan diri, lahar! Gunung Lambak meletus!”

Atau lagi anda mendengar radio dan menerima berita Super Taufan Aida menghala ke Malaysia bersama angin berkelajuan lebih 250 kilometer sejam.

Semua maklum bahawa senario ini fiktif kerana negara kita umumnya bebas daripada gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan, puting beliung mahupun ombak besar tsunami.

Lain halnya dengan negara jiran kita, Indonesia. Kepulauan nusantara itu tergolong antara negara yang merekodkan paling banyak bencana alam di dunia selain Amerika Syarikat dan beberapa negara lain

Dari sudut Geografi, Indonesia mempunyai bilangan gunung berapi ketiga paling banyak di dunia iaitu sekitar 120 di belakang Jepun (122) dan Amerika Syarikat (165). Angka tersebut termasuk gunung berapi tidak aktif.

Selain letusan gunung berapi termasuk yang paling kerap didengari iaitu Merapi dan Semeru, Indonesia juga tidak asing dengan gempa bumi kerana terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB), Indonesia merekodkan sejumlah 3,542 bencana alam pada 2022 dan kira-kira 5,000 bencana alam pada tahun sebelumnya.

Pada tahun lalu, bencana alam di Indonesia mengorbankan sekitar 857 mangsa dengan 46 orang hilang dan 8,726 yang lain mengalami cedera.

Rakyat Indonesia tabah menghadapi semua ini dan kita mendoakan negara kepulauan itu dilindungi selalu.

Apa yang ingin penulis katakan ialah rakyat kita gagal memanfaatkan kelebihan geografi ini apabila beribu-ribu orang mati di jalan raya, saban tahun walaupun malapetaka tersebut boleh dielakkan sekiranya kita mengubah sikap dan lebih berhemah.

Malaysia merekodkan 402,626 kes kemalangan jalan raya dari untuk tempoh Januari-September 2022 bersama 4,378 kematian.

Penulis tidak ingin menuding jari kepada pihak berwajib kerana akhirnya sikap pengguna juga yang menjadi penyumbang utama nahas jalan raya.

Ramai pengguna jalan raya mahir mengendalikan kenderaan tetapi cuma sedikit yang arif memandu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI