fbpx

Tiga anggota polis direman terima rasuah kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA anggota polis diiringi pegawai SPRM ketika tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Tiga anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal direman tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai menerima suapan berjumlah RM800 membabitkan kes dadah.

Perintah reman sehingga 11 September itu telah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Khairunnisak Hasni terhadap suspek yang berusia antara 27 sehingga 34 tahun.

Reman itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Terdahulu, kesemua suspek ditahan pada pukul 7 petang semalam selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka dekat sini.

Hasil siasatan awal, suspek disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah daripada orang awam secara tunai sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas beberapa individu yang dikatakan memiliki dadah jenis syabu, pada bulan lalu.

Wang tersebut dikatakan diterima di balai tempat mereka bertugas serta di kawasan sekitar Gemencheh, Negeri Sembilan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI