fbpx

PRK: Peratusan undi awal Parlimen Pulai 89.64 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS SPR membawa keluar peti undi awal yang selesai menjalani proses pengundian bagi Parlimen Pulai di Balai Polis Kempas, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keseluruhan pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai adalah sebanyak 89.64 peratus.

Jumlah pengundi keseluruhan yang layak mengundi awal bagi kerusi Parlimen Pulai adalah seramai 927 orang.

Dua pusat undi awal dibuka iaitu di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dengan jumlah seramai 881 orang manakala Balai Polis Kempas pula adalah 46 pengundi.

Pusat undi di Balai Polis Kempas ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi, dengan merekodkan 43 pengundi keluar mengundi manakala di Markas PPM Wilayah Dua ditutup pada pukul 5 petang adalah sebanyak 788 daripada 881 pengundi.

Jumlah keseluruhan yang mengundi adalah 831 pengundi yang mewakili 86.64peratus keseluruhan.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH, Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

PRK diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI