fbpx

Peta China cetus situasi tegang di rantau Asia Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA buah kapal China berada di sekitar Trumbu Escoda , barat Filipina. - Foto Angkatan Bersenjata Filipina

BEIJING, China – Ketegangan di rantau Asia Pasifik semakin meruncing selepas China mengeluarkan peta rasmi yang mengundang gelombang bantahan oleh negara-negara jirannya, lapor portal berita Daily Express kelmarin.

Peta itu jelas memaparkan Sembilan Garisan Putus yang menjadi asas tuntutan Beijing ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan. Ia menjadi punca ketegangan serantau selepas China membina pulau-pulau buatan manusia di Laut China Selatan bagi mengukuhkan tuntutannya.

Penganalisis geopolitik, Kervin AuCoin memberitahu akhbar Daily Express bahawa peta baharu China ‘jelas meningkatkan ketegangan serantau dan mencetuskan kebimbangan’ terutama­nya di Laut China Selatan.

Peta Sembilan Garisan Putus itu turut menandakan Taiwan masih menjadi isu utama bagi Beijing di sebalik pulau tersebut mendapat perlindungan Amerika Syarikat.

“China konsisten bertegas untuk menggunakan kuasa tentera jika Taiwan mengisytiharkan kemerdekaannya sekali gus mencerminkan pendirian tidak berbelah bahagi Beijing ke atas kedaulatan Taiwan,” kata AuCoin.

Sembilan Garisan Putus dan tuntutan maritim China di Laut China Selatan telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan negara serantau yang lain.

Beijing berusaha untuk menduduki sejumlah wilayah mari­tim di laut berkenaan. Perkara itu belum pernah berlaku sebelum ini dan bercanggah dengan tuntutan oleh Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei.

Bulan lalu, Filipina menuduh kapal-kapal Pengawal Pantai China membedil meriam air ke arah sebuah kapal bekalan tenteranya di Laut China Selatan.

Tuntutan China di Laut China Selatan turut mencetuskan ke­tegangan dengan Vietnam.

Baru-baru ini Vietnam mengharamkan filem Barbie kerana memaparkan peta Sembilan Garisan Putus yang merupakan persempadanan China untuk menuntut Laut China Selatan.

Malaysia juga bertelagah dengan China berhubung beberapa tuntutan di rantau ini khususnya Kepulauan Spratly, manakala negara Brunei yang kaya dengan sumber minyak juga mempunyai tuntutan di Laut China Selatan sehingga merumitkan lagi kea­daan, kata AuCoin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI