fbpx

Payung Teduh X Sore di Kuala Lumpur hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Nabila (tengah) selaku penganjur konsert, Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan itu akan berkongsi pentas dengan satu lagi kumpulan popular Indonesia, Sore.

Ramai peminat kecewa tiket konsert kumpulan popular Indonesia, Payung Teduh bersama Efek Rumah Kaca di Zepp Kuala Lumpur licin dijual pada hari pertama jualan dibuka pada November tahun lalu.

Justeru, berdasarkan sambutan hangat, penganjur Neptunes Presents mengundang Payung Teduh kembali untuk mengadakan konsert, sekali gus memenuhi permintaan peminat.

Penganjurnya yang juga aktres popular, Nabila Huda berkata, apa yang menarik Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan itu akan berkongsi pentas dengan satu lagi kumpulan popular Indonesia, Sore.

“Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September depan.

“Lokasi Mega Star Arena dipilih kerana ia mampu memuatkan kapasiti 5,000 penonton dengan sistem bunyi dan pencahayaan terbaik,” katanya.

Mengenai pemilihan dua kumpulan, kata Nabila, dia adalah peminat setia Payung Teduh dan Sore sejak 2012.

Payung Teduh dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bes, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar), manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.

Manakala, Sore pula dianggotai Ade Firza Paloh selaku vokalis dan gitar, Awan Garnida (bes/vokal) dan Bemby Gusti Pramudya (dram).

Nabila berkata, dua kumpulan itu mempunyai ramai pengikut di setiap kota di Indonesia yang mempunyai penduduk seramai 300 juta.

“Bukan saya sahaja, anak perempuan, Keisha Laila turut meminati dua kumpulan terbabit yang banyak mendendangkan lagu yang lebih santai.

“Mengikut kajian Spotify, Payung Teduh dan Sore mempunyai ramai peminat dan pendengar setia di Malaysia.

“Rangkaian lagu dendangan sangat dekat dengan peminat di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Payung Teduh popular dengan lagu seperti Akad dan Menuju Senja, manakala, Sore pula dengan lagu Pergi Tanpa Pesan, Setengah Lima dan Mata Berdebu.

Tiket Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) boleh didapati menerusi www.myticketempire.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI