fbpx

Nik Abduh dilantik senator wakil Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Abduh (kiri) semasa hadir ke Majlis Mengangkat Sumpah ADUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara bersetuju melantik bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, sebagai Ahli Dewan Negara.

Pelantikan itu mendapat persetujuan secara majoriti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan selepas Speaker, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengemukakan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mencadangkan Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh sebagai senator.

Cadangan itu kemudiannya disokong oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohd. Fadzli Hassan.

Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohd. Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI