fbpx

Muzium Jugra tempat pupuk patriotik, bukan cari makhluk ghaib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jangi (kanan) memperkatakan sesuatu kepada pengunjung Muzium Tapak Jugra baru-baru ini.

KUALA LANGAT – Pihak Muzium Tapak Jugra di Kampung Permatang Pasir, Banting di sini, kesal dengan sesetengah pihak termasuk influencer yang menjadikan bangunan itu sebagai lokasi mencari entiti dan bukannya sebagai tempat memupuk patriotik.

Bangunan dua tingkat yang dibina Kapten Harry Charles Syers pada 1878 yang juga Penjara Lama Jugra itu sepatutnya diteladani sebagai sumber sejarah dan bukannya tempat menguji keberanian berdepan dengan makhluk ghaib.

Pembantu muzium, Mohd. Jangi Zaimin berkata, dia sa­ngat kesal apabila bangunan bersejarah dalam bidang kepolisan dan kehakiman itu telah digunakan pihak tertentu untuk meraih populariti.

Katanya, bangunan itu telah dibaik pulih sejak lebih sedekad lalu selepas ia diwartakan sebagai tapak tanah bersejarah pada 19 November 2002.

“Asalnya bangunan itu me­rupakan balai polis tetapi ia se­ring dikaitkan dengan misteri.

“Pada mulanya, bangunan dipenuhi dengan tumbuhan liar dan apabila di­pulihara, kita temui patung kecil dan tangkal untuk menguji ilmu,” katanya.

Menurut Mohd. Jangi, ada pihak tertentu yang meminta kebenaran untuk menjalankan upacara tradisional di kawasan te­laga lama di sini.

Tambahnya, sepatutnya orang ramai menyemaikan rasa patriotik dengan sejarah bangsa dan bukannya terlibat de­ngan benda mistik hingga menjadi perbualan di media sosial.

“Bangunan itu pernah menjadi tempat melaksanakan hukuman menerusi sistem kehakiman British. Tingkat atas berfungsi sebagai bilik mahkamah, manakala tingkat bawah ialah penjara,” katanya.

Ujar Mohd. Jangi, bangunan itu merupakan antara balai polis terawal diwujudkan sejak 145 tahun lalu bagi menempatkan para pesalah yang melakukan kesalahan.

“Selain itu, turut digunakan sebagai sebahagian pusat pemerintahan Kesultanan ­Me­layu Selangor di Jugra, sebelum pentadbiran itu berpindah ke Klang pada tahun 1882,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI