fbpx

Mohd. Amar dilantik Speaker DUN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi penggal ke-15 berkuatkuasa hari ini.

Mohd. Amar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor mengangkat sumpah pada Majlis Mengangkat Sumpah ADUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, pagi tadi.

Sementara itu, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Pada penggal lalu, ADUN Pasir Pekan yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob dilantik sebagai Speaker DUN Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN