fbpx

Mendigitalkan sistem kesihatan secara keseluruhan menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (tengah) berbual bersama Presiden Persatuan Hospital Swasta, Datuk Dr. Kuljit Singh (kanan) dan Pengarah Projek Program Pengurusan Hospital Asia, Pinky Fadullon pada Program Pengurusan Hospital Asia (HMA) 2023. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk mendigitalkan penjagaan kesihatan negara secara keseluruhan menjelang 2030 dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, aspek tersebut adalah keutamaan beliau di KKM yang mana bukan sahaja melibatkan sistem di hospital, malah semua fasiliti KKM yang lain.

“Mendigitalkan penjagaan kesihatan ini keutamaan saya di KKM dan merupakan cita-cita kita. Harapan kita menjelang tahun 2030 dan sebelum itu kita perlu memulakan untuk mendigitalkan penjagaan kesihatan di semua fasiliti.

“Ini bukan hanya melibatkan sistem hospital, bahkan di semua bahagian yang memerlukan pendigitalan dalam memberikan penyampaian terbaik,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Hospital Management Asia 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis tersebut, Dr. Zaliha berkata, teleperubatan, rekod kesihatan elektronik dan analisis data menjadi alat penting dalam landskap penjagaan kesihatan moden.

“Di Malaysia, kita mengiktiraf kepentingan teknologi ini dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengintegrasikan ke dalam sistem penjagaan kesihatan kita.

“Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan penjagaan pesakit, malah meningkatkan kecekapan keseluruhan terhadap penyampaian penjagaan kesihatan negara,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, persidangan dua hari itu dihadiri lebih 1,000 delegasi dari dalam negara dan luar rantau Asia dengan menampilkan seramai 60 ahli panel terdiri daripada pelbagai kepakaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI