fbpx

Lima lelaki kes tembak bebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Vijaya Rao

KLANG -Lima lelaki yang diberkas bagi membantu siasatan kes seorang individu mati ditembak di kawasan premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, semua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an berkenaan dibebaskan pagi tadi.

“Kesemua lelaki itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menggiatkan usaha mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Tambah beliau, siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk motif sebenar kejadian tersebut.

Justeru, kata Vijaya Rao, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai bolis berdekatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kejadian melibatkan lelaki berusia 36 tahun yang memiliki 12 rekod jenayah lampau ditemui mati ditembak di Jalan Hamzah Alang, Kapar. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI