fbpx

Ligue 1: Sentuhan Mbappe semakin tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE berjaya meledak lima gol dalam tiga perlawanan terakhir termasuk dua gol ketika membenam Lyon awal pagi semalam. - AFP

LYON – Penggempur sensasi, Kylian Mbappe meledak dua gol membantu Paris Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan 4-1 ke atas Lyon pada aksi Ligue 1 di Stadium Groupama awal pagi semalam.

PSG kini melonjak ke tangga kedua dengan dua mata di belakang pendahulu liga, AS Monaco, manakala Lyon terus dirundung masalah apabila kekal terperosok di kedudukan terbawah.

Kapten PSG, Marquinhos berpuas hati dengan keseluruhan prestasi mereka tetapi pada masa sama mengakui masih banyak ruang perlu ditingkatkan selepas berakhir tugasan perlawanan antarabangsa selepas ini.

“Ini satu keputusan yang baik kerana bukan mudah untuk menang di sini. Ia satu perlawanan mencabar tidak kira lawan berada dalam situasi apa sekali pun.

“Sebenarnya kami masih belum bermain seperti yang dimahukan jurulatih, tetapi kami melakukan progres menuju ke arah itu. Ada banyak ruang boleh ditingkatkan, tetapi ini satu kemenangan yang bagus,” katanya.

Mbappe membuka tirai jaringan buat PSG seawal minit keempat menerusi sepakan penalti sebelum tonggak pertahanan, Achraf Hakimi menggandakan kedudukan pada minit ke-20.

Bekas bintang Real Madrid, Marco Asensio meledak gol ketiga Les Parisiens pada minit ke-38 sebelum Mbappe menjadikan kedudukan 4-0 buat PSG pada hujung babak pertama.

Lyon yang kini masih gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan apabila seri sekali dan tewas tiga aksi, sekadar meraih jaringan sagu hati menerusi sepakan penalti Corentin Tolisson pada minit ke-74. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN