fbpx

Lelaki ‘disembelih’ bayar bil restoran RM842 semasa janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut akhirnya akur dan membayar bil tersebut kerana mengakui ia adalah kesilapannya sendiri. – Getty Images

NEW DELHI, India  –  Seorang lelaki di New Delhi terkejut  dikenakan bayaran 15,000 rupee (RM842) selepas makan semasa keluar temu janji pertama bersama seorang gadis yang dia kenali menerusi aplikasi ‘dating’ online, lapor laman berita India Times hari ini.

Lelaki yang merahsiakan identitinya berkongsikan kisah itu dalam platform sosial, Reddit.

Menurutnya, dia mengajak wanita berkenaan bertemu di sebuah restoran di Rajouri Garden, namun gadis tersebut mencadangkan mereka makan di sebuah kafe di lokasi lain.

“Restoran itu kelihatan mencurigakan. Saya mengajaknya pergi ke tempat lain yang mempunyai rating tinggi di internet, namun dia enggan,” katanya.

Tambah lelaki tersebut, disebabkan keinginan kuatnya untuk berkenalan, dia bersetuju dan mereka mula memesan makanan.

Kata lelaki tersebut, dia kemudiannya terkejut apabila menerima bil restoran merangkumi bayaran hanya untuk shisha, minuman beralkohol, kentang goreng dan caj perkhidmatan.

Jumlah bil yang dikenakan ialah 15,500 rupee (RM870) dan kemudiannya dikurangkan kepada  14,000 rupee (RM786).

“Ketika itu,  saya sedar semua yang berlaku kerana silap sendiri ekoran terlalu berharap untuk mengenali wanita tersebut. Saya hanya tersenyum kepada pelayan dan tidak bertindak di luar kawalan,” katanya.

Tambahnya, dia turut mendengar  perbualan seorang pelanggan restoran itu yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan bil yang dikenakan.

Ia membuatkan lelaki tersebut  curiga lantas membuat kesimpulan bahawa kedua-dua mereka menjadi mangsa kegiatan penipuan.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Pastikan anda bertemu kali pertama di restoran yang mempunyai rating bagus di Google dan pilih lokasi yang harga makanannya antara 5,000 rupee (RM280) hingga 6,000 rupee (RM337),” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI