fbpx

Kekurangan pekerja asing 3 sektor tidak lebih 30,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar meninjau premis perniagaan di sekitar Little India, Jalan Tengku Kelana, Klang.

KLANG – Kekurangan bilangan pekerja asing bagi tiga sektor melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas tidak melebihi 30,000 orang setakat ini.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, pihaknya menerima pelbagai rungutan daripada semua sektor itu berkaitan isu keperluan pekerja tersebut.

Jelas beliau, jumlah sebenar pengambilan pekerja asing itu bagaimanapun akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.

“Kita sememangnya amat memahami keperluan mendesak itu dan mahu menyelamatkan ketiga-tiga sektor tersebut.

“Namun, satu perbincangan terperinci di peringkat Kabinet perlu dilakukan bagi menentukan jumlah pekerja dan mekanisme terbaik menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui selepas meninjau premis perniagaan di Little India, Jalan Tengku Kelana, di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor iaitu melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas yang sebelum ini dibekukan sejak 14 tahun lalu.

Namun, kelulusan itu hanya melibatkan sebahagian daripada 15,000 permohonan berkenaan kerana kerajaan mahu mengutamakan rakyat tempatan terutama golongan belia.

Mengulas lanjut, kata Sivakumar, pihaknya memberi jaminan akan memastikan tiada pihak menyalahgunakan permohonan itu kelak. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI