fbpx

Kejohanan Yakult Piala Global 2023 dijangka sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase.

PETALING JAYA: Sebanyak 16 pasukan bakal bersaing merebut Kejohanan Bola Sepak Yakult Global Cup bawah 12 tahun (B-12) pada aksi pusingan akhir di Seriemas Sportsplex, Nilai pada Sabtu ini.

Sebagai rekod, kejohanan mencungkil bakat muda ini mula dianjurkan pada tahun 2019 dan kemudiannya dihentikan pada tahun 2020 dan 2021 ekoran penularan pendemik Covid-19 sebelum diteruskan semula pada tahun lalu.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda tempatan bersaing dalam kejohanan kompetatif diperingkat umur B-12.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, pihaknya gembira dengan sambutan yang diterima dan berharap agar barisan pemain cilik yang sertai dapat menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti.

“Pihak Yakult merasa gembira melihat sambutan yang diterima apabila ramai pihak yang berminat untuk menyertai kejohanan ini.

“Bagaimanapun, pihak kami hanya mengambil 64 pasukan yang terawal bagi menyertai peringkat saringan di 4 zon yang berbeza oleh kerana kekangan masa.

“Saya berharap agak mereka yang menyertai program ini akan menjadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI