fbpx

Selipar murah, tudung isteri jadi harta pusaka, tak boleh bagi sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar.

PETALING JAYA – Tidak dibenarkan sedekah barangan orang yang telah meninggal dunia kerana setiap peninggalan ‘automatik’ menjadi harta pusaka.

Itulah penjelasan pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya baru-baru ini apabila ditanya oleh seorang suami yang berkeinginan untuk menyedekahkan 164 helai tudung jika isterinya meninggal.

Jelas Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, setiap harta yang bermanfaat akan menjadi harta pusaka dan wajib faraid kepada semua waris.

“Orang kita ni faham kalau harta pusaka mesti duit, rumah, tanah dan lain-lain. Segala-galanya pusaka selagi boleh diguna. Selipar sebelah tidak boleh pusaka, tapi dua belah wajib pusaka. Walaupun selipar murah.

“Semua waris bersetuju, baru boleh bersedekah. Jangan buat pasal dan jangan buat pandai. Apabila kita mati, harta akan menjadi milik Allah,” katanya.

Tambahnya, apabila menjadi hak waris terdapat dua perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Yang pertama bayar hutang agama, yang kedua bayar hutang manusia dan baki baru milik waris,” jelasnya.

Sehingga kini video tersebut mendapat 40,100 tontonan, 1,468 tanda suka dan 1,033 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang ternyata baru sahaja mengetahui tentang perkara ini walaupun kelihatan seperti isu kecil.

“Soalan nampak mudah tetapi betul-betul membuka mata. Pusaka itu bukan main-main. Semoga menjadi ilmu buat kita semua,” komen Fairuze.

“Ilmu bermanfaat. Baru tahu, terima kasih sudi kongsi,” komen Bella. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI