fbpx

EPL: Arsenal kembali ke status pencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE meledak gol kedua dan pencetus kemenangan selesa Arsenal ketika mereka menumbangkan United 3-1 pada aksi di Emirates awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Kemenangan 3-1 ke atas Manchester United, awal pagi semalam dianggap detik penting untuk mengekalkan Arsenal di landasan tepat dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pemain tengah The Gunners, Declan Rice yang menjadi pencetus kemenangan pasukan itu pada aksi berkenaan merasakan Arsenal berdepan risiko terkeluar daripada perebutan kejuaraan selepas hanya meraih keputusan seri dengan Fulham minggu lalu.

“Jika saya bercakap secara jujur, City sudah pun memenangi semua empat perlawanan dan jika kami tidak memenangi aksi ini, kami akan ketinggalan lima mata.

“Kami tidak boleh ketinggalan terlalu jauh dan sebelum perlawanan lagi kami sudah katakan yang kami perlu memenangi perlawanan ini. Arsenal adalah kelab besar dan sudah tentu kami merasai tekanan,” katanya.

Terdahulu, The Red Devils membuka jaringan menerusi Marcus Rashford, namun Martin Odegaard kembali menyamakan kedudukan sebelum United hampir mendahului perlawanan, tetapi jaringan Alejandro Garnacho dibatalkan kerana dikesan ofsaid.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Rice berjaya meledak gol kedua Arsenal sebelum Gabriel Jesus mematikan sisa perjuangan United dengan meledak jaringan ketiga.

“Kami bangkit di hujung permainan apabila saya dan Gabby jaringkan gol. Margin yang baik dan akhirnya kami mampu memenangi perlawanan ini.

“Saya fikir jika orang luar menyaksikan perlawanan United dan Arsenal dalam beberapa tahun ini, kamu akan faham apa ertinya kepada peminat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI