KUANTAN – Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan enam nama untuk dicalonkan bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan raya Kecil (PRK) DUN berkenaan 7 Oktober nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua nama enam calon terbabit akan dibawa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk dibincang dan diputuskan.
“Ramai calon yang berpotensi, berkaliber dan berwibawa dan enam calon ini akan diteliti dan akan diputuskan sebelum atau pada 17 September nanti,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penutupan Seminar Ekspedisi Saistifik Kepelbagaian Biologi HutanUlu Cheka, Jerantut, di sini hari ini.
Namun apabila ditanya tentang calon tersenarai, beliau enggan mengulas lanjut.
“Yang berwibawa lah, yang disebut-sebut, jadi kita akan pilih yang terbaik antara yang terbaik. Saya tidak boleh bagitaulah antara enam orang itulah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE