fbpx

Warga emas tertelan gigi palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit berkenaan mengesyaki objek yang tersekat pada kerongkongnya ialah gigi palsu selepas gagal menemuinya. – KhaoSod

BANGKOK, Thailand  – Seorang warga emas berusia 67 tahun mengalami detik cemas apabila tertelan gigi palsu yang kemudian tersekat di dalam kerongkongnya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian tersebut, lelaki yang namanya tidak didedahkan itu menyedari sesuatu tersekat pada kerongkongnya ketika dia minum air untuk makan ubat selepas menikmati hidangan lain.

Tidak menyedari objek tersebut ialah gigi palsu,  dia  minum air dengan banyak supaya dapat menelan dengan lancar.

Namun, selepas menyedari gigi palsunya hilang, lelaki itu mengesyaki dia tertelan objek tersebut. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tha Sala untuk pemeriksaan lanjut.

Pesara guru itu menjalani imbasan X-ray dan endoskopi bagi menilai keadaannya.

Meskipun imbasan X-ray pada awalnya tidak menunjukkan sebarang objek yang tersekat, doktor melakukan  imbasan tomografi berkomputer (CT) kerana menyedari jika benda asing tersebut ialah plastik, ia tidak kelihatan dalam ujian X-ray.

Hanya selepas  imbasan CT, barulah gigi palsu itu dapat dikesan pada kerongkong pesakit.

Dia kemudian menjalani prosedur selama beberapa jam dan melibatkan lima orang pakar bedah  bagi mengeluarkan gigi palsu tersebut menerusi prosedur endoskopi, lapor akhbar KhaoSod. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI