fbpx

UMNO harap tiada lagi pendakwaan politik – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – UMNO berharap titik-titik hitam dalam sejarah perundangan negara sehingga sistem dan institusi keadilan negara begitu mudah diperalatkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dinoktahkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keadaan itu yang telah membawa kepada ketidakstabilan politik di negara ini.

“UMNO berpendirian tegas agar di bawah Kerajaan Perpaduan ini, segala pendakwaan politik yang memperalatkan institusi-institusi yang menjadi benteng kepada sistem keadilan negara tidak lagi berulang.

“Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti terus bebas dan berani melaksanakan amanah melaksanakan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam turut membebaskan dan melepaskan Ahmad Zahid terhadap 40 kes pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Asyraf Wajdi berkata, seluruh ahli UMNO menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ujar beliau, UMNO sejak awal yakin dan percaya Ahmad Zahid adalah mangsa pendakwaan politik yang dilakukan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik kali kedua sebagai Perdana Menteri ke-7 selepas PRU-14.

Beliau mendakwa, lebih mendukacitakan kezaliman terhadap Ahmad Zahid berlaku hanya beberapa minggu selepas Mahathir mengancam Presiden UMNO supaya membubarkan UMNO.

“Ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan berani dan berbaur angkuh bekas Peguam Negara lantikan Tun Mahathir dalam buku memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness”.

“Lebih malang lagi, kes pendakwaan politik ini tetap diteruskan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri walaupun Tan Sri Idrus Harun dan Tan Sri Azam Baki masing-masing dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

“Namun Alhamdulillah, walaupun kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikekalkan oleh Perdana Menteri ke-10, akhirnya mereka melakukan keputusan yang betul dengan memberhentikan pendakwaan tersebut,” katanya.

Tambahnya, beliau mendakwa, keputusan mahkamah hari ini menunjukkan kerakusan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sanggup menganiayai pemimpin lain untuk menghancurkan UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI