fbpx

UAE wujudkan badan kawal selia ‘permainan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan kota raya Dubai pada 30 Ogos lalu. – AFP

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE)  –  UAE menubuhkan sebuah badan kawal selia ‘permainan komersial’ dalam langkah yang dilihat berpotensi membenarkan lesen kasino diberikan di negara Teluk Arab berkenaan di mana perjudian diharamkan.

Pihak Berkuasa Jeneral Permainan Komersial (GCGRA) akan menyelaraskan aktiviti kawal selia, menguruskan perlesenan dan menggalakkan pembukaan potensi permainan komersial, kata agensi berita rasmi WAM lewat semalam.

Kenyataan sama tidak menjelaskan sama ada terma permainan atau ‘gaming’ merujuk kepada perjudian dan langsung tidak menyebut tentang kasino. Bagaimanapun, barisan pegawai kanan yang diupah untuk menguruskan WAM  terdiri daripada veteran dalam bidang perjudian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan itu dinamakan sebagai Kevin Mullally yang merupakan  Pengarah Suruhanjaya Perjudian Missouri. Ia bertanggungjawab mengawal selia kasino terapung di seluruh negeri berkenaan.

“Saya menanti kesempatan untuk mewujudkan badan kawal selia dan kerangka untuk industri loteri dan ‘permainan’ UAE,” Mullally dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan WAM.

Perjudian adalah dilarang di bawah undang-undang Islam di UAE. 90 peratus penduduk  negara berkenaan terdiri daripada rakyat asing. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI