fbpx

Terajang pengadil futsal, polis kenal pasti suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pengadil perlawanan futsal dicederakan di sebuah kompleks sukan di Jalan PJU 1A/4 Ara Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti identiti individu disyaki mencederakan seorang pengadil perlawanan futsal di sebuah kompleks sukan di Jalan PJU 1A/4 Ara Damansara, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa sehari selepas kejadian berlaku.

“Pihak kami menerima aduan kejadian tersebut daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.

“Laporan itu dibuat pada pukul 12.12 malam dan setakat ini pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan isitu dengan sengaja menyebabkan cedera.

Terdahulu, tular video berdurasi 13 saat di media sosial memaparkan perlawanan futsal di suatu komplek sukan di Petaling Jaya dicemari dengan insiden pergaduhan.

Difahamkan, lelaki yang mengadili perlawanan itu telah ditendang dari belakang oleh salah seorang pemain futsal ekoran tidak berpuas hati dengannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI