fbpx

Suami ugut bunuh anak kerana isteri pertama tolak ajakan berasmara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan polis selepas mengancam bunuh dua anak dan isterinya. – Berita Satu

JAKARTA, Indonesia  – Seorang lelaki di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara ditahan polis kerana  mengugut mahu membunuh isteri pertama dan  dua anak lelakinya, lapor laman berita Kompas semalam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, suspek yang dikenali sebagai  SHH  mengarahkan ketiga-tiga mereka tidak keluar  rumah jika enggan dibunuh.

Suspek yang mempunyai dua isteri dikatakan berang selepas isteri pertamanya, NMS, enggan berasmara kerana penat keluar berniaga.

“Isterinya berniaga seharian untuk mencari nafkah buat anak-anak mereka dan mangsa ketika itu keletihan,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanjung Balai, Asisten Komisioner Eri Prasetiyo.

Tanbah Eri, setelah menolak ajakan suspek, mangsa masuk ke bilik mandi sebelum suspek datang lalu mengugutnya.

“Suspek berkata ‘awas kalau awak keluar dari bilik mandi, saya akan bunuh awak’ sebelum dia mengasah pisau di dapur,” ujar Eri.

Tambahnya, mangsa kemudian berjaya keluar dari rumah sebelum suspek memanggil dua anak lelakinya masuk ke rumah serta mengancam mereka pula.

“Suspek mengugut kedua-dua anaknya supaya  tidak keluar dari rumah jika enggan dibunuh. Si isteri kemudian melaporkan perkara itu kepada polis,” kata Eri.

Suspek kemudian ditahan dan didakwa kerana kesalahan berkaitan keganasan rumah tangga dan menganiaya kanak-kanak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI