fbpx

Saya tentang DAP jika mereka tolak Islam, Perlembagaan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR berucap sempena Jelajah Madani Pulai di Taman Uda Utama, Johor Bahru, malam semalam. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menentang DAP sekiranya parti itu menolak agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan di negara ini.

Anwar yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebaliknya berkata, pihaknya bekerjasama dengan DAP kerana parti itu bersetuju melawan rasuah dan budaya sakau segelintir pihak, khususnya kepimpinan pembangkang.

“Hari ini, Kerajaan Perpaduan masih ada lagi pihak yang keliru, marah sedangkan majoriti orang Cina bersama DAP. Kalau mereka tolak perlembagaan kita akan lawan dia, yang penting kita bersama DAP untuk lawan rasuah.

“Tahun ini, kita mahu noktahkan kemiskinan di dalam negara, orang Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli mesti diselamatkan. Disebabkan itu kita ambil tekad untuk selamatkan 135,000 keluarga daripada kemiskinan,” katanya dalam program Ceramah Mega Perpaduan Madani, di sini semalam.

Tambah Anwar, pihaknya yakin bahawa pengundi Johor akan memberi mesej jelas menrusi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Johor akan tentukan sejarah Malaysia baharu di dalam PRK ini, saya punyai keyakinan. Kita berbeza dengan PN dimana apabila berceramah, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan cerca dan kata Perdana Menteri bodoh.

“Tetapi saya tidak perlu jawab perkara itu, kerana saya yakin rakyat Johor tidak bodoh. Kita bawa ekonomi Madani sebagai dasar pembangunan, ini bukan usaha saya seorang tetapi ramai kepimpinan PH dan Barisan Nasional (BN).

“Jadi mengapa mereka sibuk hendak halang saya, saya sudah 25 tahun menunggu untuk menjadi Perdana Menter. Jadi biarkanlah saya bekerja. Insya-Allah, kerajaan ini kekal utuh untuk empat tahun akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI