fbpx

[VIDEO] Sanggup gadai gelang emas demi laptop anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian wanita yang sanggup menggadai gelang emas miliknya.

PETALING JAYA – Demi kelangsungan anak untuk menyambung pelajaran, seorang ibu sanggup menggadai gelang emas pemberian suaminya sempena ulang tahun perkahwinan untuk membeli sebuah komputer riba.

Menerusi perkongsian Nor Asiah Kamis, wanita itu bercadang untuk membeli komputer riba untuk anaknya yang bakal menyambung pelajaran tidak lama lagi.

“Mak cik ini datang nak tolak gelang emas semata-mata nak beli ‘laptop’ untuk anak dia. Macam ini lah pengorbanan mak ayah kita nak bagi anak belajar untuk ubah nasib keluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jelas wanita itu, gelang emas tersebut sangat istimewa kerana ianya merupakan pemberian suaminya bagi mengenang ulang tahun perkahwinan mereka, namun dia tiada cara lain selain menggadaikannya untuk membantu anak.

“Gelang ini pak cik yang bagi, sayang lah. Tapi mak cik kena berkorban juga demi anak, dia lebih penting. Nanti ada rezeki kita cari yang lain,” tambahnya.

Pengorbanan yang tiada ganti wanita itu telah meraih pujian ramai malah ada juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya.

“Sebaknya hanya mak sahaja yang faham situasi bila anak nak belajar, kita terpaksa berkorban. Tak kira apa pun, janji kita dapat bagi anak kita belajar,” tulis seorang pengguna.

“Sebab itu, bila dah jadi seorang ibu, aku sanggup ikat perut demi anak-anak aku. Walaupun anak-anak aku tak pernah meminta,” komen Puteri. – KOSMO! ONLINE

@asiah1106 Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI