JOHOR BAHRU – Seramai 927 pegawai dan anggota polis akan membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, esok.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak tiga peti undi digunakan untuk pengundian awal terbabit.
Dua peti undi akan diletakkan di dua saluran di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan sebuah lagi di Balai Polis Kempas di sini.
“Pengundian bermula tepat pada pukul 8 pagi dan berakhir jam 5 petang di PPM Wilayah Dua, manakala di Balai Polis Kempas pengundian bermula pukul 8 pagi dan berakhir 12 tengah hari,”katanya.
Seramai 46 kaki tangan awam itu akan mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas manakala baki 881 pengundi akan membuang undi di PPM Wilayah Dua.
Tinjauan Kosmo! di bilik gerakan SPR di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), petugas SPR sibuk menyemak dan memeriksa kelengkapan yang akan digunakan semasa proses pengundian berlangsung. – KOSMO! ONLINE