fbpx

‘PPW bantu saya keluar daripada jerat Ah Long’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pinjaman yang dibuat dengan Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang didaftarkan secara sah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) disifatkan menjadi penyelamat kepada seorang doktor yang terperangkap dengan jerat Ah Long.

Menurut Dr. Seemah (bukan nama sebenar), dia terpaksa membuat pinjaman bersama Ah Long beberapa tahun lalu ekoran mengalami masalah kewangan kritikal selepas tidak menerima gaji selain mempunyai tunggakan kad kredit.

“Beberapa tahun lalu, saya bersetuju untuk bekerjasama bagi membuka sebuah klinik, namun perkara tidak diingini berlaku selepas itu di mana tidak menerima gaji selama beberapa bulan hingga mengganggu perbelanjaan harian.

“Jadi, saya terpaksa mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan tunggakan hutang dengan meminjam sejumlah RM6,000 daripada Ah Long meskipun mengetahui pinjaman itu begitu berisiko,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Katanya, meskipun membuat pinjaman sebanyak RM6,000, namun dia perlu membayar kira-kira RM20,000 kepada Ah Long berikutan kumpulan itu tidak mempunyai sebarang perjanjian selain sesuka hati meletakkan jumlah bayaran balik dikehendaki mereka.

“Bagaimanapun, saya agak bernasib baik selepas ditemukan dengan seorang PPW yang mahu membantu untuk melangsaikan hutang dengan Ah Long bagi mengelakkan mereka meningkatkan kadar bunga setiap bulan.

“Selepas segala dokumen selesai, PPW telah membayar sejumlah RM70,000 bagi melangsaikan hutang kad kredit di bank dan juga bersama Ah Long.

“Saya cuma perlu membayar balik kepada PPW secara bulanan dengan kadar pinjaman ditetapkan sekitar 1.5 peratus. Kini, saya juga mampu menarik nafas lega kerana semua pinjaman dengan PPW telah selesai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI